Hukum Mencium Alat Kelamin
|
|
Setelah melangsungkan perkahwinan seorang
suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada
seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu
saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu
semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh
masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani
rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan
mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.
Bagaimanapun suami melihat dan mencium
alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin
suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan
di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana
ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan
antara suami dan isteri. Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya. Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti. |
0 Komentar "Hukum Mencium Alat Kelamin"