Bersetubuh Siang Hari Di
Bulan Ramadhan
|
|
Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri
adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :- 1) Puasanya terbatal 2) Kedua-dua mereka berdosa besar. 3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua 4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua) a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini) b- Puasa berturut-turut selama dua bulan (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga) Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin. c- Memberi makan 60 orang faqir miskin Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu'alam. |
0 Komentar "Hukum Bersetubuh Siang Hari Di Bulan Ramadhan"